Kiwi Jatuh Selepas Data Asas Indeks Harga Pengguna Sukuan Kedua Dikeluarkan

Kiwi Jatuh Selepas Data Asas Indeks Harga Pengguna Sukuan Kedua Dikeluarkan

Dolar New Zealand diniagakan lebih rendah di pasaran Asia selepas data Indeks Harga Pengguna bagi sukuan kedua, Q2 CPI dikeluarkan. Data ini dipercaya

Dolar New Zealand diniagakan lebih rendah di pasaran Asia selepas data Indeks Harga Pengguna bagi sukuan kedua, Q2 CPI dikeluarkan. Data ini dipercayai akan melebarkan skop bagi merendahkan lagi kadar tunai di masa hadapan.

 

Pasangan mata wang NZDUSD turun 0.51% selepas Q2 CPI dikeluarkan iaitu pada paras kira-kira 0.7083. Data Q2 CPI New Zealand hanya pada angka 0.4% iaitu lebih rendah daripada jangkaan pakar walaupun lebih baik daripada angka sebelumnya pada paras 0.2%

 

Sementara itu, pasangan mata wang USDJPY menokok sedikit 0.83% kepada paras tertinggi 105.75, AUDUSD juga meningkat 0.08% kepada 0.7586. manakala GBPUSD mencecah 1.3256 peningkatan 0.57% pada pasaran Asia

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: