Kiwi VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Kiwi VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Dengan pembentukan CS Bullish di W1 minggu lalu, Kiwi ditutup lebih kukuh berbanding Greenback. Data OHLC minggu lalu dicatat 0.69285, 0.70425, 0.6883

Dengan pembentukan CS Bullish di W1 minggu lalu, Kiwi ditutup lebih kukuh berbanding Greenback. Data OHLC minggu lalu dicatat 0.69285, 0.70425, 0.68836, 0.69568. Pengukuhan NZDUSD ini adalah bagi minggu kedua berturut-turut. Harga penutupan minggu lalu merupakan tertinggi sejak 2 minggu lalu.

 

Dibuka lemah berbanding Greenback di pada hari Isnin hingga Selasa, mula mendaki pada hari Rabu dan Khamis lalu menyusut semula ketika hari Jumaat NFP daripada US. Selain daripada data Indeks Data Harga Tenusu pada Selasa lepas, pergerakan NZDUSD boleh dikatakan dipacu sepenuhnya oleh kekuatan Greenback sepanjang minggu lepas.

 

Dari segi makroekonomi, tiada yang menarik daripada Kiwi minggu hadapan. Jadi besar kemungkinan minggu hadapan turun naik NZDUSD akan terus dipacu Dolar Amerika selain data-data ekonomi daripada China yang merupakan antara rakan dagang terbesar New Zealand. CPI y/y dari China akan diterbitkan jam 9.30 pagi hari Selasa. Pada hari Jumaat pula maklumat Lebihan Dagangan daripada China juga akan diterbitkan pada masa yang belum ditetapkan.

 

Seperti kebiasaan, data berkala makroekonomi daripada US jangan kita terlepas pandang. Unemployment Claims akan diterbitkan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia hari Khamis. Ini diikuti oleh Core Reatil Sales m/m, PPI m/m, Retail Sales m/m, dan Prelim OuM Consumer Sentiment keesokan harinya bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam. Sebarang berita baik daripada Greenback sudah semestinya menekan NZDUSD ke bawah lagi.

 

Mengikut teknikal SNR, harga Support terhampir adalah 0.69475, diikuti 0.69250 dan 0.68810. Jika NZDUSD mengukuh, besar kemungkinan akan menguji Resistant 0.69830, 0.70120, dan 0.70335. Indikator RSI14 sudah memasuki kawasan jualan dalam dagangan di D1 dan juga masih berada dalam mood jualan di W1. Terdapat pembentukan CSP Bearish Engulfing di D1, namun Engulfing ini kelihatan agak tidak kuat.

 

Jika disemak polisi kewangan Reserve Bank of New Zealand, RBNZ masih berada dalam Easing Cycle manakala Federal Reserve Open Market Committee, FOMC baru sahaja menaikkan kadar faedah iaitu Tightening Cycle. Ini bermakna secara makroekonomi, NZDUSD lebih cenderung mengarah ke harga lebih rendah. Arah ke bawah ini masih boleh diguna pakai selagi tiada perubahan dari RBNZ dan FOMC. Namun, dalam pasaran mata wang, apa sahaja boleh berlaku.

 

Kadar kecairan dalam pasaran dilihat masih belum kembali kepada normal, justeru itu adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak melebihi purata harian secara normal.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: