Kiwi VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Kiwi VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Dengan pembentukan CS Bearish di W1 minggu lalu, Kiwi ditutup lemah berbanding Greenback. Data OHLC minggu lalu dicatat 0.69657, 0.69881, 0.68609, 0.6

Dengan pembentukan CS Bearish di W1 minggu lalu, Kiwi ditutup lemah berbanding Greenback. Data OHLC minggu lalu dicatat 0.69657, 0.69881, 0.68609, 0.68786. Penyusutan NZDUSD ini adalah bagi minggu kedua berturut-turut. Harga penutupan minggu lalu merupakan terendah bagi 6 bulan sejak bulan Julai lepas.

 

Penyusutan NZDUSD banyak dipacu kekuatan Dolar Amerika pasca kenaikan kadar faedah daripada US. Data makroekonomi daripada New Zealand bercampur-campur minggu lalu. Walaupun keyakinan perniagaan lebih baik, namun kejatuhan Indeks Harga Tenusu telah membuatkan Kiwi berada dalam tekanan jualan. Data lebihan dagangan yang merosot juga dilaporkan merosot. Walau bagaimanapun KDNK bagi sukuan ketiga New Zealand meningkat melebihi unjuran. Data KDNK yang lebih baik ini dapat menahan seketika kejatuhan NZDUSD pada hari Khamis sebelum NZDUSD kembali menyusut pada hari Jumaat.

 

Minggu hadapan secara makroekonomi tiada langsung data akan diterbitkan daripada New Zealand. Cuma CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis daripada US akan diterbitkan. Walau bagaimanapun, turun naik NZDUSD dijangkakan terhad kerana pasaran masih berada dalam mood cuti Krismas. Bank New Zealand dan US akan ditutup hari Isnin dan Selasa kerana cuti Boxing Day  dan Krismas.

 

Secara teknikal, NZDUSD masih dilihat akan terus bergerak ke bawah namun sebarang pembetulan pasaran akan lebih cenderung singgah di SBR 0.6920, 0.6950, dan 0.6990. Jika NZSUSD terus menyusut, harga RBS adalah 0.68640, 0.68225, dan 0.67860. Penyusutan NZDUSD ini sudah menghampiri Fibonachi Retracement 50.0 di 0.68225 bagi kenaikan sejak bulan Ogos 2015. Indikator Bears Power(13) masih menunjukkan momentum jualan dalam dagangan di TF D1.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: