Komen Barnier Lonjakkan GBP, Masa Untuk ‘Short’ Semula?

Komen Barnier Lonjakkan GBP, Masa Untuk ‘Short’ Semula?

Michael Barnier, Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah dalam komen beliau semalam berkata blok itu bersedia untuk menawarkan kepada UK hubungan dua h

Michael Barnier, Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah dalam komen beliau semalam berkata blok itu bersedia untuk menawarkan kepada UK hubungan dua hala yang unik yang tidak pernah dilakukan dengan mana-mana negara ketiga yang lain. Hubungan dua hala ini mungkin akan turut merangkumi perjanjian perdagangan bebas namun UK harus menghormati pasaran tunggal EU.

Pada masa yang sama, Setiausaha Kabinet UK David Lidington mengatakan ‘No-deal Brexit’ hanyalah satu-satunya jalan alternatif kepada May untuk mendapatkan sebahagian akses kepada pasaran tunggal Kesatuan Eropah. Rundingan akan disambung semula pada esok, Jumaat.

Sentimen terbaharu Brexit ini memberi nada positif dan nafas lega kepada Pound setelah sekian kali ditekan dengan kemungkinan kepada berlakunya ‘Hard Brexit’. Namun sentimen ini tidak akan mengubah apa-apa asas fundamental UK pada ketika ini. Data ‘Mortgage Approval’ akan diterbitkan pada sebelah petang nanti.

Pada setiap kali GBP melonjak, setiap kali itulah juga pasaran akan mula menjual matawang Britain ini. Bagi GBPJPY, pasangan ini telah melakukan pembetulan pasaran sebanyak hampir 570pips daripada paras terendahnya pada tahun ni setelah berlaku penolakan di paras ‘support’ mingguan. Harga Pound-Yen kini berada di sekitar harga 145.460, di paras FR 23.60 pada carta D1.

Pergerakan yang masih berada di bawah garisan EMA 250 memberi isyarat bahawa GBPJPY masih lagi berada di dalam jualan. Pasangan ini mampu untuk meneruskan perjalannya ke selatan untuk mencapai paras FR 161.80 pada harga 136.000. Namun, pandangan ‘bearish’ ini akan segera terbatal jika harga berjaya menembusi paras 147-148.000.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: