Komen Hunt Membunuh Potensi ‘Bullish’ GBP

Komen Hunt Membunuh Potensi ‘Bullish’ GBP

Setiausaha Luar British Jeremy Hunt dalam komen beliau semalam mengatakan risiko "No Deal Brexit" telah meningkat dan mereka perlu melihat kepada peru

Setiausaha Luar British Jeremy Hunt dalam komen beliau semalam mengatakan risiko “No Deal Brexit” telah meningkat dan mereka perlu melihat kepada perubahan sikap dan pendirian kesatuan Eropah dalam perkara ini. Hunt turut menegaskan bahawa tiada jaminan bagi mereka untuk mendapatkan persetujuan dan semua pihak harus bersedia untuk menghadapi “No Deal Brexit”.

Data pengangguran yang baik dan rendah tidak membantu Pound untuk terus mengukuh apabila data pendapatan UK turut diterbitkan bercampur-campur petang semalam.  Petang ini, Indeks Harga Pengguna pula bakal menentukan nasib Pound buat minggu ini setelah dijual teruk pada minggu lepas.

Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka akan meningkat sebanyak 0.1% kepada 2.5% manakala Indeks Harga Pengguna Asas pula dilihat akan terus kekal pada paras 1.9%. Pound teramat memerlukan katalis yang baru untuk kembali pulih dan terbitan data CPI yang baik pada petang nanti mampu untuk membantu itu untuk berlaku!

Pound-Yen kehilangan hampir 680pips manakala Pound-Dolar pula jatuh hampir 450pips pada bulan Ogos sahaja! Faktor kebimbangan terhadap “Trade War” dan Ketegangan Politik Turki-AS telah memberikan kelebihan kepada matawang ‘safe haven’ seperti Yen dan apa yang menariknya situasi ini turut sedikit menyebelahi Dolar.

Selagi sentimen Brexit masih berterusan, setiap peningkatan harga untuk Pound adalah juga merupakan peluang jualan bagi trader.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: