Konflik Perdagangan Kembali Memuncak, Trump Mengancam China Dengan Penambahan Tarif Baru

Konflik Perdagangan Kembali Memuncak, Trump Mengancam China Dengan Penambahan Tarif Baru

Presiden AS Donald Trump berkata beliau mungkin akan menaikkan tarif ke atas barangan China melebih 25% jika rundingan bersama Beijing terus terhenti

Presiden AS Donald Trump berkata beliau mungkin akan menaikkan tarif ke atas barangan China melebih 25% jika rundingan bersama Beijing terus terhenti.

Menurut Bloombergs, tarif baru 10% yang diumumkan oleh Trump pada hari Khamis ke atas import China bernilai $300 billion akan mula dilaksanakan untuk jangka masa pendek pada 1 September hadapan, kemudian akan ditambah atau diturunkan mengikut kesesuaian.

Ancaman penambahan tarif tersebut dikeluarkan selepas China gagal membeli lebih banyak produk pertanian daripada AS.

Selain itu, ancaman tersebut juga merupakan cerminan rasa kecewa pentadbiran Trump terhadap sikap China yang tidak melihat kepentingan untuk mendapatkan perjanjian dengan segera.

Rundingan baru yang berlansung pada minggu ini setelah terhenti sejak bulan Mei yang lalu berakhir tanpa hala tuju yang jelas.

Trump mengatakan bahawa Presiden China Xi Jinping tidak bergerak pantas untuk menyelesaikan perang perdagangan dengan AS.

Selain itu, beliau juga tidak risau dengan kejatuhan pasaran saham selepas pengumuman tarif baru tersebut kerana telah menjangkakannya

Selain kejatuhan saham, hasil bon 10-tahun AS juga jatuh ke paras terendah sejak 2016 selepas pengumuman Trump di atas.

Indeks USD juga berundur daripada paras tertinggi 98.93 kepada 98.44 mata setakat jam 11.55 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: