Kongres Gagal Mencapai Kesepakatan, Trump Tandatangani Perintah Eksekutif Baru

Kongres Gagal Mencapai Kesepakatan, Trump Tandatangani Perintah Eksekutif Baru

Presiden AS Donald Trump pada hari Sabtu lalu telah menandatangani satu siri perintah eksekutif yang bertujuan memperkuat ekonomi selepas kongres gag

Presiden AS Donald Trump pada hari Sabtu lalu telah menandatangani satu siri perintah eksekutif yang bertujuan memperkuat ekonomi selepas kongres gagal mencapai kata sepakat ke atas pakej bantuan baru yang dibetangkan.

Namun, butiran bagaimana ianya akan didanaai masih menjadi tanda tanya. Parti Demokrat juga memperingatkan bahawa melihat dari kaca mata undang-undang, perintah eksekutif yang dibuat oleh Trump meragukan dan berpotensi untuk ditentang di mahkamah.

Ketidakpastian mengenai langkah-langkah rangsangan baru juga bergerak seiring dengan konflik hubungan antara Washington dan Beijing yang kembali meruncing.

Trump pada minggu lalu telah mengumumkan pengharaman syarikat teknologi China TikTok dan Tencent, sekali gus meningkatkan risiko masa depan industri teknologi global.

Penganalisis melihat ketidaktentuan serta risiko yang berganda akan terus menjadi pendorong yang menekan sentimen pasaran pada dagangan di minggu terbaru.

Dolar AS melonjak pada hari Jumaat berikutan peningkatan angka pekerjaan bulan Julai yang melebihi jangkaan, mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap pasaran buruh AS.

Walau bagaimanapun, indeks USD masih mengekalkan penutupan mingguan yang negatif, sekali gus merekodkan penyusutan selama tujuh minggu berturut-turut.

Penambahan 1.76 juta pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan lepas juga masih jauh lebih rendah berbanding rekod 4.8 juta yang dicatat pada bulan Jun.

Oleh itu, dengan gabungan peningkatan jangkitan virus di AS, kemerosotan hasil bon dan kurangnya kesepakatan pembuat dasar AS terhadap pakej ransangan yang baru dijangka akan terus menjadi faktor menghalang pengukuhan greenback.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: