Krisis Brexit: Parlimen UK Akan Mengagalkan Usaha PM May?

Krisis Brexit: Parlimen UK Akan Mengagalkan Usaha PM May?

Selepas merekodkan peningkatan yang stabil selari dengan data ekonomi UK yang semakin baik, aliran keluar masuk pound kembali dipandu oleh perkembanga

Selepas merekodkan peningkatan yang stabil selari dengan data ekonomi UK yang semakin baik, aliran keluar masuk pound kembali dipandu oleh perkembangan Brexit.

Rundingan Brexit bukan sahaja dilihat melalui sudut kepentingan ekonomi akan tetapi kini lebih tertumpu kepada kepentingan politik.

Perkara ini terus meningkatkan dilema PM UK, Theresa May dimana strategi Brexit beliau gagal memuaskan hati kedua-dua pihak, EU (Brussels) dan parlimen UK.

Seperti yang diketahui umum, isu sempadan Irish menjadi satu-satunya pehalang kepada kemajuan perjanjian Brexit.

PM May berhadapan kesukaran untuk mendapat sokongan daripada kumpulan ‘hard brexit’ parti beliau sendiri kerana mereka tegas tidak mahukan sempadan yang terbuka di Utara Ireland.

Tindakan dan pertimbangan ini tidak lagi dilihat dari sudut ekonomi, tetapi lebih kepada isu politik.

Pound telah pun jatuh akibat daripada peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Jo Johnson, adik kepada Boris Johnson pada minggu lalu yang enggan mengundi pelan Brexit May di Kabinet.

Tambahan pula, Brussels bukan sahaja menolak, tetapi enggan mempertimbangkan pelan May bagi mendapatkan satu ‘mekanisme bebas’ untuk keluar daripada kesatuan jika rundingan Brexit gagal.

Keadaan ini menyebabkan GBP/USD terus didagang rendah pada hari Isnin, turun lebih 110 pips atau 0.89% kepada 1.2855 setakat jam 6 petang.

Hanya dua data CPI dan Jualan Runcit UK menjadi fokus kepada pelabur UK dari sudut fundamental pada minggu ini.

Secara teknikal, support 1.2940 telah pun ditembusi dan kini berpotensi menuju paras terendah tahunan sekitar 1.2670.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: