renault-cars

Krisis Cip Komputer Dorong Jualan Kereta Eropah Ke Tahap Terendah Dalam Sejarah

Jualan kereta EU jatuh ke paras terendah baharu pada tahun lalu berikutan kerana sektor automotif terkesan dengan krisis wabak Covid yang telah menyebabkan kekurangan cip komputer.

Menurut data Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA), pendaftaran kereta penumpang baharu di EU merosot sebanyak 2.4 peratus pada 2021, kepada 9.7 juta kenderaan, prestasi terburuk sejak statistik mula ditinjau pada 1990.

Angka tersebut menyusuli kejatuhan bersejarah hampir 24 peratus yang dialami pada 2020 akibat sekatan aktiviti ekonomi yang menjadikan pendaftaran kereta baharu di EU kepada 3.3 juta di bawah jualan sebelum krisis 2019.

Kekurangan semikonduktor, cip komputer yang digunakan dalam pelbagai sistem kereta dalam kedua-dua kenderaan tradisional dan elektrik adalah punca utama menyekat pengeluaran industri ini.

“Kejatuhan ini adalah akibat daripada kekurangan semikonduktor yang memberi kesan negatif kepada pengeluaran kereta sepanjang tahun, terutamanya pada separuh kedua 2021,” kata ACEA.

Jualan kereta EU mula mengukuh pada suku kedua, namun sepanjang suku tahun tersebut, jualan masih menurun sekitar 20 peratus.

“Permulaan 2022 masih sukar dari segi bekalan cip komputer,” kata Alexandre Marian dari perundingan AlixPartners.

“Keadaan ini sepatutnya bertambah baik pada pertengahan tahun, tetapi itu tidak bermakna masalah lain mengenai bahan mentah, rantaian bekalan dan kekurangan buruh tidak akan timbul,” ujarnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *