Krisis Makanan Global Meningkat, Dolar Yang Tinggi Menahan Ribuan Kontena Di Pelabuhan

Krisis Makanan Global Meningkat, Dolar Yang Tinggi Menahan Ribuan Kontena Di Pelabuhan

Pengimport makanan dari Afrika ke Asia bersaing untuk mendapatkan dolar bagi membayar bil mereka berikutan lonjakan mata wang AS telah mendorong harg

Pengimport makanan dari Afrika ke Asia bersaing untuk mendapatkan dolar bagi membayar bil mereka berikutan lonjakan mata wang AS telah mendorong harga lebih tinggi bagi negara-negara yang sudah berdepan sejarah krisis makanan global.

Di Ghana, pengimport memberi amaran tentang kekurangan makanan menjelang Krismas. Ribuan kontena yang sarat dengan makanan baru-baru ini juga tertahan di pelabuhan di Pakistan.

Sementara di Mesir, syarikat-syarikat pembuat roti swasta telah menaikkan harga roti kerana beberapa kilang tepung kehabisan gandum akibat terkandas di kastam.

Di seluruh dunia, negara yang bergantung pada import makanan sedang bergelut dengan kombinasi yang merosakkan; kadar faedah yang tinggi, dolar yang melambung tinggi dan harga komoditi yang tinggi.

Semua faktor di atas telah menghakis kuasa pengimport untuk membayar barangan yang kebiasaanya dicaj dalam dolar.

Rizab mata wang asing yang semakin berkurangan dalam kebanyakan negara juga telah mengurangkan akses kepada dolar, dan melambatkan proses pengeluaran oleh pihak bank.

“Mereka tidak mampu. Mereka tidak boleh membayar untuk komoditi ini. Ia berlaku pada kebanyakan belahan dunia.” kata Alex Sanfeliu, ketua perdagangan dunia untuk gergasi tanaman Cargill Inc.

Isu ini bukanlah masalah baru bagi kebanyakan negara, namun kuasa beli yang berkurangan dan kekurangan dolar menambah beban yang lebih meluas di seluruh sistem makanan global terutamanya selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

IMF telah memberi amaran tentang bahaya kekurangan makanan ini sekurang-kurangnya menyamai tahap kecemasan makanan pada 2007-08 sementara Program Makanan Dunia berkata dunia sedang menghadapi krisis makanan terbesar dalam sejarah moden.

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada minggu lalu menggesa lebih banyak bantuan makanan untuk mereka yang paling terdedah.

Walaupun kos komoditi makanan global telah jatuh selama enam bulan berturut-turut, namun kedudukan dolar yang melambung tinggi mengancam untuk menghakis sebahagian daripada kelebihan itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: