Krisis Politik Sepanyol, EUR/USD Jatuh Hampir 80 Pips

Krisis Politik Sepanyol, EUR/USD Jatuh Hampir 80 Pips

Sepanyol berhadapan dengan krisis politik paling teruk tahun ini selepas referendum kemerdekaan yang penuh kontroversi dikeluarkan pada semalam di neg

Sepanyol berhadapan dengan krisis politik paling teruk tahun ini selepas referendum kemerdekaan yang penuh kontroversi dikeluarkan pada semalam di negeri Catalonia yang terdiri daripada bandar Barcelona, Girona dan Tarragona.

Sumber: Market Watch

  • Bilakah undian dan mengapa ketegangan berlaku?

Undian bermula pada hari Ahad dengan lebih 2,000 pusat undian disediakan.

Bagi mereka yang ingin bebas daripada pemerintahan kerajaan Sepanyol berkata, kerajaan pusat sebelum ini telah mengikis kekayaan negeri mereka dengan sistem pencukaian yang tidak adil.

  • Bagaimanakah tindakan kerajaan Sepanyol?

Tindakan agresif di ambil oleh Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dan mahkamah tinggi dengan mengisytiharkan undian tersebut tidak diiktiraf.

Kerajaan bukan sahaja merampas 10 juta kertas undian, tetapi turut menangkap beberapa pegawai Catalan dan menutup laman sesawang yang memberi maklumat terkini undian, di samping mengarahkan polis tempatan untuk menghalang sebarang undian dilakukan pada hari Ahad.

  • Apakah yang berlaku pada hari referendum dan hari berikutnya?

Undian tidak rasmi menunjukkan sokongan 90% peratus warga tempatan untuk keluar daripada kerajaan Republikan Sepanyol.

Kebanyakan warga tempatan telah berada di pusat pengundian sehari sebelum undian dijalankan. Sebahagian mereka dihalang dengan keras sehingga berlakunya pertembungan dengan pihak berkuasa polis dan menyebabkan kecederaan dikalangan warga tempatan dan juga wartawan.

Namun, sesetengah kawasan yang lain berjaya menjalankan undian dengan baik. Sebanyak 42 peratus daripada 5.3 juta pengundi berjaya menghantar undian mereka, namun masih ramai yang menentang pengasingan ini, atau dengan erti kata lain memboikot referendum tersebut.

  • Apakah yang berlaku pada pasaran kewangan?

Risiko politik yang melanda Sepanyol menyebabkan kejatuhan matawang Euro hari ini. Pasaran bimbang jika kerajaan Sepanyol akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelulusan parlimen bagi bajet belanjawan tahun 2018 mereka nanti.

Penganalisis daripada Stratfor berkata “Memberi kebebasan kepada Catalonia untuk membuat dasar fiskal sendiri akan menyebabkan kerajaan pusat hilang sumber kewangan yang penting.”. Catalonia memegang 20 peratus hasil kekayaan ekonomi Sepanyol.

Pasangan matawang EUR/USD jatuh ke paras 1.1743, susut 0.64% atau 75 pips. Saham di Sepanyol juga jatuh dengan IBEX 35 susut sebanyak -0.79% pada jam 4 petang, 2 Oktober 2017.

Krisis ini dijangka akan selesai sekiranya Perdana Menteri Rajoy memberi hak memerintah kepada Catalonia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: