ikea_my_cover

Krisis Rantaian Bekalan, IKEA Naikkan Harga Barangan Hingga 9% Pada 2022

Gergasi barangan kelengkapan rumah, IKEA membuat keputusan untuk menaikkan harga barangannya secara purata sekitar sembilan peratus di seluruh dunia.

Peningkatan tersebut susulan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat dari segi kos bahan mentah dan rantaian bekalan, demikian menurut pemiliknya, INGKA Holding.

IKEA sebelum ini berkata mereka telah menyewa lebih banyak kapal, membeli kontena, dan mengalihkan barangan antara gudang untuk mengurangkan gangguan rantaian bekalan.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata bagi menampung penambahan kos tersebut ianya perlu disalurkan kepada pelanggan berikutan gangguan dan tekanan dijangka berterusan.

“Malangnya, kali ini buat pertama kali sejak kos yang lebih tinggi telah mula menjejaskan ekonomi global, kami terpaksa memindahkan sebahagian kenaikan kos kepada pelanggan kami,” kata pengurus operasi runcit Tolga Öncü.

“IKEA terus menghadapi kekangan pengangkutan dan bahan mentah yang ketara sehingga meningkatkan kos, tanpa sebarang jangkaan ianya akan mereda dalam masa terdekat”, sambil menambah kemungkinan gangguan akan berterusan “jauh ke dalam tahun 2022”, tegas Öncü.

Ingka Group berkata purata peningkatan sekitar sembilan peratus di seluruh pasaran dunia dengan variasi tempatan mencerminkan tekanan inflasi yang berbeza, termasuk isu berkaitan komoditi dan rantaian bekalan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *