Kuroda: BoJ Akan Campur Tangan Bagi Menangani Impak Virus Ke Atas Ekonomi

Kuroda: BoJ Akan Campur Tangan Bagi Menangani Impak Virus Ke Atas Ekonomi

Gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda ketika mengulas mengenai kebimbangan terhadap isu coronavirus yang semakin meningkat mengatakan bahawa bank pusat

Gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda ketika mengulas mengenai kebimbangan terhadap isu coronavirus yang semakin meningkat mengatakan bahawa bank pusat tidak akan teragak-agak untuk segera bertindak menangani kesan virus ke atas ekonomi jika diperlukan.

Kenyataan Kuroda yang dikeluarkan di dalam parlimen pada hari Selasa lalu dilihat berbeza dengan pandangan yang pernah dikeluarkan sebelum ini apabila menganggap terlalu awal untuk mengatakan ancaman wabak coronvirus ini sebesar wabak SARS pada tahun 2003.

Dengan sekatan yang dikenakan ke atas China, disamping peningkatan jumlah kes jangkitan serta kematian, Kuroda bersikap lebih dovish dalam kenyataannya.

Beliau menyebut kerana besarnya kepentingan China dalam rantaian bekalan global akan menyebabkan gangguan ekonomi bukan sahaja berlaku diperingkat domestik, tetapi akan menjadi isu kepada negara-negara luar termasuk Jepun.

Kebimbangan Kuroda ini menjadi perhatian berikutan sebahagian pengnalisis melihat gangguan virus ke atas ekonomi Jepun dijangka mencapai 0.5% berbanding 0.1% yang direkodkan pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: