Kuroda: Kegagalan TPPA Satu Kerugian Bagi Ekonomi Jepun & Amerika Syarikat

Kuroda: Kegagalan TPPA Satu Kerugian Bagi Ekonomi Jepun & Amerika Syarikat

Pagi tadi dalam ucapan gabenor Bank of Japan, BOJ Haruhiko Kuroda ada menyentuh tentang TPPA yang mungkin angan-angan dengan pemilihan Donald Trump se

Pagi tadi dalam ucapan gabenor Bank of Japan, BOJ Haruhiko Kuroda ada menyentuh tentang TPPA yang mungkin angan-angan dengan pemilihan Donald Trump sebagai presiden US yang seterusnya. Menurut Kuroda, ekonomi Jepun dan US akan terlepas banyak manfaat.

 

TPPA atau Trans-Pasific Partnership jika dilaksanakan merupakan perjanjian zon ekonomi bebas terbesar dunia. Malaysia juga merupakan salah satu negara yang telah bersetuju menandatangani TPPA bersama-sama 11 negara Asia-Pasifik lain.

 

BOJ menekankan bahawa jika TPPA tidak dilaksanakan, Ekonomi Jepun akan terlepas potensi besar. Kuroda juga memaklumkan bahawa beliau sedang menantikan dan memantau kesan sebenar polisi ekonomi yang akan dilaksanakan Trump. Setakat ini pasaran telah menyambut baik pemilhan Trump sebagai presiden US yang seyerusnya. Ulasan pergerakan yen minggu lalu boleh didapati di https://www.ctc.fm/?p=8961

 

Pada jam 7.50 pagi waktu Malaysia, Pejabat Kabinet Jepun telah mengeluarkan data KDNK bagi sukuan ketiga 2016. KDNK bagi sukuan ketiga mencatat angka pengembangan 0.5% berbanding unjuran pasaran 0.2%. Yen masih meneruskan mood jualan daripada minggu lalu berbanding kebanyakan mata wang dunia. USDJPY memulakan dagangan hari ini pada harga 106.866, dengan harga tertinggi harian pada paras 108.150. GBPJPY pula mula diniagakan pada paras 134.253 dan ketika ini ulasan pasaran ini ditulis berada pada harga 134.900 dengan harga tertinggi harian 135.409.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: