KWSP: Butiran Pengeluaran Akaun 1 Akan Diumumkan Pada 18 November

KWSP: Butiran Pengeluaran Akaun 1 Akan Diumumkan Pada 18 November

Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah diumumkan bahawa para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dan kehilangan pekerjaan

Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah diumumkan bahawa para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dan kehilangan pekerjaan akibat krisis wabak akan dibenarkan membuat pengeluaran simpanan akaun 1.

KWSP dalam satu kenyataan semalam menyebutkan bahawa perincian mengenai pengeluaran wang simpanan daripada Akaun 1 yang dikenali dengan i-Sinar akan diumumkan pada 18 November ini.

Keputusan pengeluaran ini dibuat selepas perbincangan yang teliti bersama pihak berkepentingan, jelas KWSP.

“KWSP yakin jumlah i-Sinar bersama jumlah pengeluaran maksimum program i-Lestari dapat membantu ahli yang terjejas untuk menyara hidup mereka dalam jangka masa pendek”, tambah mereka.

Kemudahan pengeluaran i-Sinar ini adalah tambahan daripada skim i-Lestari yang diperkenalkan pada bulan April lalu yang kini anggaran pengeluarannya telah mencecah RM30 bilion dan akan tamat pada Mac 2021.

Permohonan bagi i-Sinar akan dibuka mulai Disember depan, dan jumlah permohonan akan mula dikreditkan ke akaun bank para pencarum bermula Januari 2021.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: