KWSP: Pembayaran i-Lestari Mula Dikreditkan Hari Ini

KWSP: Pembayaran i-Lestari Mula Dikreditkan Hari Ini

Bernama pada hari Ahad lalu melaporkan pembayaran pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP yang telah diluluskan akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank

Bernama pada hari Ahad lalu melaporkan pembayaran pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP yang telah diluluskan akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank ahli yang berkaitan bermula hari Isnin sehingga 18 Mei depan.

Ahli KWSP yang telah memperoleh kelulusan juga boleh mengemas kini maklumat pengkreditan menerusi laman sesawang i-Lestari.

Dalam satu kenyataan, KWSP menyebutkan tarikh sebenar untuk wang yang dimajukan tersedia di dalam akaun bank ahli yang berkaitan adalah tertakluk kepada prosidur dan proses pelepasan bayaran pihak bank masing-masing

Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, sejumlah 3.51 juta permohonan bernilai lebih RM1.66 bilion telah diluluskan.

Beliau berkata, KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak bank yang terbabit bagi memastikan persediaan sistem dan infrastruktur untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

“Kami bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan”, ujar Alizakri.

“Jika semua berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: