KWSP Sokong Henti Pengeluaran Khas Selain Persaraan

KWSP Sokong Henti Pengeluaran Khas Selain Persaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong pemberhentian sebarang pengeluaran khas di bawah skim i-Citra agar masa depan persaraan pencarum tida

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong pemberhentian sebarang pengeluaran khas di bawah skim i-Citra agar masa depan persaraan pencarum tidak terus terjejas.

KWSP dalam satu kenyataan semalam menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka.

“KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka,” jelasnya.

Sejak ditubuhkan pada 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.

“Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” ujar kumpulan wang persaraan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka dan kejadian bencana alam telah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum.

“Pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan,” tegas KWSP.

Malah KWSP juga memperingatkan, selain penyusutan pendapatan masa depan individu, mereka juga bimbang bahawa ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: