KWSP Tambah Pembelian Saham Top Glove

KWSP Tambah Pembelian Saham Top Glove

Berhadapan gelombang krisis Covid-19 yang baru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi dilaporkan telah membuat pembelian yang banyak pada

Berhadapan gelombang krisis Covid-19 yang baru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi dilaporkan telah membuat pembelian yang banyak pada kaunter Top Glove.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, KWSP pada 4 November lalu telah menambah pembelian sebanyak 13.209 juta saham Top Glove Corporation Bhd.

Walau bagaimanapun, KWSP juga telah melepaskan 304,600 pegangan saham pada hari yang sama.

Saham Top Glove didagang sekitar RM8.01 dan RM8.36 sesaham pada tarikh tersebut sebelum tutup pada harga RM8.10

Berdasarkan pembelian yang terkini, pegangan saham KWSP ke atas syarikat Top Glove telah meningkat kepada 492.52 juta saham. atau sekitar 6.048%

Top Glove pada tahun kewangan 2020 telah mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 417% kepada RM1.86 bilion.

Permintaan sarung tangan getah yang tinggi di awal krisis kesihatan telah menjadikan Top Glove syarikat kedua paling berharga di Bursa Malaysia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: