KWSP Umum Butiran Akses Akaun 1, Jumlah Pengeluaran Akan Diganti Selepas Ahli Kembali Mencarum

KWSP Umum Butiran Akses Akaun 1, Jumlah Pengeluaran Akan Diganti Selepas Ahli Kembali Mencarum

Kemudahan akses pendahuluan akaun 1 KWSP yang dikenali dengan i-Sinar dijangka memberi manfaat kepada dua juta ahli yang kehilangan pekerjaan dan pen

Kemudahan akses pendahuluan akaun 1 KWSP yang dikenali dengan i-Sinar dijangka memberi manfaat kepada dua juta ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Menurut CEO KWSP, Tunku Alizakri Alias, permohonan boleh dibuat mulai bulan Disember dan jumlah yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank para pemohon bermula Januari 2021.

Walau bagaimanapun, Alizakri menegaskan kemudahan ini bukanlah pengeluaran 100%, tetapi berbentuk ‘wang pendahuluan’, dimana jumlah yang diberikan perlu dibayar semula selepas ahli kembali mencarum.

“Caruman baharu tersebut akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga jumlah pendahuluan ini digantikan semula”, jelas beliau.

“Selepas itu, caruman akan dikembalikan kepada pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2”, kata Alizakri dalam taklimat khas KWSP hari ini.

Secara ringkas, pengkreditan pertama akan dibuat bermula Januari 2021, kemudian akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, KWSP membahagikan akses pendahuluan ini kepada dua bahagian iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan Akaun 1 kurang daripada RM90,000 dan ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM90,000.

Berikut adalah ringkasan butiran yang dipetik daripada laman sesawang KWSP:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: