Langkah Berjaga-jaga Traders Meningkatkan Harga Emas, Melemahkan USD

Langkah Berjaga-jaga Traders Meningkatkan Harga Emas, Melemahkan USD

Harga emas bergerak tinggi pada hari Isnin berikutan sentimen USD semakin lemah didorong oleh kejatuhan hasil bon dan para pedagang mengambil langkah

Harga emas bergerak tinggi pada hari Isnin berikutan sentimen USD semakin lemah didorong oleh kejatuhan hasil bon dan para pedagang mengambil langkah lebih berhati-hati berhadapan dengan testimoni Pengerusi baru Fed, Jerome Powell pada hari esok.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX naik 0.75% atau $10.00 kepada $1,340.40 per auns, paras tertinggi sejak 20 Februari lalu pada jam 4.45 petang.

Greenback mula mendapat tempat di mata pelabur selepas mnit mesyuarat FOMC bulan Januari yang dikeluarkan minggu lalu menujukkan padangan optimis para pegawai Fed terhadapan perkembangan pertumbuhan ekonomi serta inflasi sekali gus mengukuhkan jangkaan pasaran untuk melihat rate hike dilakukan secara beransur-ansur tahun ini.

Walau bagaimanapun, para pelabur tetap mengambil langkah berjaga-jaga berikutan Powell dijadualkan membentangkan laporan pertengahan tahun dasar kewangan bank pusat dan ekonomi di dalam Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan pada jam 11.00 malam esok.

Dollar AS lemah pada hari Isnin dengan hasil (yield) bon 10-tahun AS jatuh semakin jauh daripada paras tertinggi 4 tahun lalu sekitar 2.957%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.24% kepada 89.59.

Emas sensitif dengan pergerakan dollar. Dolar yang lemah menjadikan harga emas lebih rendah sekali gus meningkatan permintaan pemilik-pemilik matawang asing yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: