Lanjutan Moratorium, Maybank Tawar Tiga Saluran Bagi Permohonan Pakej Bantuan Pembayaran Balik

Lanjutan Moratorium, Maybank Tawar Tiga Saluran Bagi Permohonan Pakej Bantuan Pembayaran Balik

Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan tiga pilihan saluran bagi permohonan Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman kepada para pelanggan mereka pa

Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan tiga pilihan saluran bagi permohonan Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman kepada para pelanggan mereka pada hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Maybank berkata tiga pilihan tersebut merangkumi aplikasi dalam talian melalui Maybank2u untuk pelanggan individu tidak termasuk sewa beli, dan aplikasi e-mail bagi individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, para pelanggan juga boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS atau Pusat Kewangan Auto di seluruh negara.

“Dengan moratorium enam bulan bakal berakhir pada 30 September 2020, Maybank secara proaktif menghubungi pelanggannya untuk menawarkan pilihan Pakej Bantuan Pembayaran Balik untuk meringankan beban kewangan mereka yang telah terjejas dengan wabak Covid-19.

“Bank akan secara progresif menghubungi lebih banyak pelanggan dari semasa ke semasa, namun berharap agar mereka yang memerlukan bantuan pembayaran balik untuk segera menghubungi pihak bank,” jelas Maybank.

Dengan berakhirnya tarikh permohonan pada 30 September, Maybank turut menggesa supaya para pelanggannya mula membuat permohonan secepat yang mungkin agar aturan pembayaran dapat dipersetujui dan dilaksanakan sebelum moratorium berakhir.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: