Laporan Bekalan Minyak EIA Fokus Pasaran Hari Ini: 25/04/2018

Laporan Bekalan Minyak EIA Fokus Pasaran Hari Ini: 25/04/2018

Data bekalan minyak mingguan rasmi Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) menjadi satu-satunya laporan yang me

Data bekalan minyak mingguan rasmi Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) menjadi satu-satunya laporan yang menjadi tumpuan pada hari ini.

Bekalan minyak AS dijangka menunjukkan penyusutan untuk dua minggu berturut-turut dengan kejatuhan sekitar 2 juta tong pada minggu lepas.

Para pelabur dilihat telah mula menutup sedikit keuntungan pada kenaikan harga minyak apabila gangguan bekalan minyak di Timur Tengah yang menjadi pendorong kepada kenaikan harga dijangka akan kembali pulih dalam tempoh masa terdekat.

Hal ini disebabkan oleh Trump memberi petunjuk bahawa AS dan Perancis hampir mencapai kata sepakat dalam rundingan untuk mengekalkan perjanjian nuklear bersama Iran.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI kini didagang pada paras $67.84 setong, susut -1.19% manakala minyak Brent pula tutup dengan penurunan -1.10% ke paras $73.89 setong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: