Ekonomi US pada suku tahun keempat 2017 berkembang pada kadar 2.6%, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 3.0%. Berdas
Ekonomi US pada suku tahun keempat 2017 berkembang pada kadar 2.6%, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 3.0%.
Berdasarkan butiran laporan yang dikeluarkan, perbelanjaan individu meningkat kepada 3.8%. Indeks harga pula meningkat ke paras 2.4%, lebih tinggi berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 2.3%. Namun begitu, bacaan inventori yang jatuh menjadi punca kepada penyusutan bacaan GDP.
Laporan tempahan barangan tahan lama bagi bulan Disember pula meningkat 2.9% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM). Angka tersebut lebih tinggi daripada jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 0.8%. Bacaan tempahan teras turut meningkat ke paras 0.6%.
Secara keseluruhan, data-data makro yang dikeluarkan oleh AS adalah bercampur.
Greenback masih kekal berhampiran paras terendah yang baru walaupun Trump cuba memulihkan semula sentimen dan menepis ulasan Setiausaha Perbendaharaan AS berkenaan dolar apabila menyuarakan pandangan beliau terhadap dolar dan mengatakan bahawa nilai USD akan kembali menguat.
Indeks USD kini bergerak sekitar 88.80 pada jam 11.00 malam, kekalkan kejatuhan -0.46%
COMMENTS