Laporan Harian Pound: Rekod Terendah Terbaru Pound Lagi Hari Ini!

Laporan Harian Pound: Rekod Terendah Terbaru Pound Lagi Hari Ini!

Hari ini Pound Sterling terus terus melemah dan mencatat lagi harga terendah baru untuk 31 tahun. Harga terendah ketika artikel ini ditulis adalah 1.2

Hari ini Pound Sterling terus terus melemah dan mencatat lagi harga terendah baru untuk 31 tahun. Harga terendah ketika artikel ini ditulis adalah 1.26847 (XM Mt4) berbanding harga mula diniagakan awal minggu 1.29111, terjunan melebihi 200pips.

 

Walaubagaimanapun. Momentum jualan Pound dapat diredakan dengan data PMI Perkdhidmatan yang lebih baik daripada unjuran. Data sebenar dicatatkan pada skala 52.6 berbanding unjuran 52.1 dan data lalu 52.9. Jika dilihat data demi data yang dikeluarkan dari UK minggu ini boleh dikatakan amat memberangsangkan. Ada kemungkinan jika data-data berkala ekonomi yang dikeluarkan kurang baik daripada jangkaan, jatuhan Pound adalah lebih buruk.

 

Pada pandangan peribadi saya, jika data berkala Pengeluran Pengilangan dari UK pada jumaat nanti juga lebih baik daripada unjuran, momentum jualan Pound yang berterusan dapat dikekang. Berkemungkinan juga jika momentum data berkala yang lebih baik juga berterusan sehingga akhir tahun, ada kemungkinan satu lagi potongan kadar faedah daripada BOE tidak akan berlaku hingga akhir tahun ini.

 

Jika dilihat secara kasar melalui indikator-indikator dalam Mt4, majoriti pasangan mata wang GBPXXX sudah berada dalam keadaan “Oversold” dalam time frame 4jam, harian, mingguan, dan bulanan. Saya menasihati rakan-rakan pedagang mata wang supaya jangan tertipu dan terlalu mempercayai dengan indikator-indikator ini kerana indikator adalah bersifat “lagging”. “Trade What You See, Do Not Trade What You Think”

 

Wallahualam..

 

[Penafian: Ini adalah pandangan peribadi penulis , tidak semestinya menggambarkan pandangan umum. Semoga bermunafaat]

rtsi0jz

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: