Laporan Pekerjaan UK & FOMC Fokus Utama Hari Ini: 21/02/2018

Laporan Pekerjaan UK & FOMC Fokus Utama Hari Ini: 21/02/2018

1. Pound VS Greenback, Sekali Cuba Melepasi Paras $1.40 Data-data ekonomi UK yang akan dikeluarkan pada hari ini (Rabu) dijangka akan memberi kesan

1. Pound VS Greenback, Sekali Cuba Melepasi Paras $1.40

Data-data ekonomi UK yang akan dikeluarkan pada hari ini (Rabu) dijangka akan memberi kesan yang besar terhadap pergerakan pound berbanding dollar.

Data daripada Jabatan Statistik Negara dijangka melaporkan peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan mingguan di bulan Disember kepada 2.5%, selari dengan bacaan bulan sebelumnya.

Kadar pegangguran bulan Disember pula dilihat kekal di paras 4.3% sementara individu yang membuat tuntutan insurans pengangguran berada sekitar 4,100 orang

Para pelabur akan memberi perhatian kepada ‘Inflation Report Hearing’ bagi meneliti petunjuk yang akan dikeluarkan terhadap jangkaan inflasi di masa hadpaan.

Selain itu, ulasan Gabenor BOE Mark Carney berkemungkinan akan mengukuhkan lagi ramalan pelabur untuk melihat rate hike dilaksanakan lebih awal berbanding jangkaan.

Menjelang laporan di atas, GBP/USD kekal bergerak dalam volatiliti yang sederhana, naik turun sekitar julat 90 pips dan tutup berhampiran $1.40

2. Adakah Minit FOMC, Data Perumahan, Pembuatan dan Perkhidmatan Dapat Kekalkan Pengukuhan Dollar?

Federal Reserve akan menerbitkan minit mesyuarat bulan Januari pada jam 3.00 pagi (Khamis) yang mana bank pusat telah mengekalkan kadar faedah dan mengeluarkan nada yang hawkish dalam kenyataan dasar kewangan mereka.

Penganalisis melihat perubahan pandangan bank pusat terhadap inflasi hanya bertujuan untuk membuka peluang lebih banyak peluang rate hike secara ‘paksa’ sepanjang tahun ini.

Ketiga-tiga laporan perkhidmatan, pembuatan dan perumahan dilihat akan menarik perhatian pelabur bagi mencari petunjuk yang boleh menyokong kekuatan ekonomi AS.

PMI Pembuatan dan Perkhidmatan bulan Februari dilihat terus berkembang positif dengan jangkaan indeks berada di paras 55.4 dan 54.0

Angka rumah yang dijual semula pada bulan Januari pula diramalkan meningkat sebanyak 0.9% kepada 5.6 juta unit.

Dollar terus mengukuh pada hari Selasa berikutan isu hutang AS akan dibangkitkan minggu ini, menekan harga aset kewangan sekaligus menolak hasil bon ke paras yang lebih tinggi.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: