Laporan Positif NFP Kekalkan Penguasaan Dollar

Laporan Positif NFP Kekalkan Penguasaan Dollar

Permintaan melonjak dengan sokongan data pekerjaan yang lebih baik daripada ramalan dimana turut meningkatkan lagi peluang Fed untuk menaikkan kadar f

Permintaan melonjak dengan sokongan data pekerjaan yang lebih baik daripada ramalan dimana turut meningkatkan lagi peluang Fed untuk menaikkan kadar faedah bulan ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.27% kepada 95.28.

Sebanyak 201,000 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi pada bulan Ogos sementara kadar pertumbuhan pendapatan pula naik sekitar 2.9%.

 

Bacaan NFP dan kadar pendapatan yang lebih baik daripada ramalan telah mengesahkan jangkaan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 25-26 September hadapan.

Walau bagaimanapun, tekanan isu perdagangan masih lagi menyelebungi sentimen pasaran kewangan berikutan Presiden AS Donald Trump dijangka mengumumkan penguatkuasaan tarif bernilai $200 billion ke atas produk China pada hari ini.

China pula berkata mereka akan bertindak untuk mengumumkan tarif baru dengan jumlah yang sama ke atas barangan yang diimport daripada Amerika Syarikat.

Selain itu, menerusi laporan Reuters, rundingan NAFTA bersama Kanada yang masih diteruskan pada hari ini berpotensi memperlihatkan perjanjian dicapai oleh kedua-dua negara sebelum berakhir bulan September.

USD/CAD kini didagang sekitar 1.3160, naik 0.17% didorong oleh kelemahan sektor pekerjaan Kanada yang melihatkan peningkatan kadar pengangguran pada bulan Ogos.

Pengukuhan dollar turut membenam permintaan safe haven Yen dengan USD/JPY naik 0.39% kepada 111.18 manakala EUR/USD susut 0.40% ke paras 1.1576

Berikut adalah perubahan dollar berbanding matawang yang lain setakat jam 11.15 malam:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: