Laporan Positif Tentang Brexit, GBP/USD Naik Lebih 100 Pips

Laporan Positif Tentang Brexit, GBP/USD Naik Lebih 100 Pips

Tarikh tamat untuk mengetahui perkembangan rundingan Brexit adalah pada hari ini. Mencapai kata sepakat dalam syarat-syarat peralihan merupakan kunci

Tarikh tamat untuk mengetahui perkembangan rundingan Brexit adalah pada hari ini. Mencapai kata sepakat dalam syarat-syarat peralihan merupakan kunci utama bagi membuka ruang rundingan baru dilakukan, mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara UK dan EU di masa hadapan.

Beberapa headlines Brexit yang positif seperti “Brexit: 50-50 chance of breakthrough says leading MEP” yang dikeluarkan oleh BBC sebentar tadi berjaya mengukuhkan semula kedudukan pound dengan GBP/USD keluar semula daripada paras terendah kepada 1.3528, naik lebih 100 pips.

Fokus kini beralih kepada pertemuan antara EU Donald Tusk dan PM UK, Therasa May pada waktu tengahhari di Brussel.

Tiga perkara yang masih menjadi persoalan dan bakal diputuskan pada hari ini, sama ada rundingan terus tertangguh atau sebaliknya.

1) Apakah isu sempadan Irish akan menjadi penghalang?

EU menggesa UK untuk memberi kenyataan rasmi dalam bentuk tulisan supaya tidak membina konkrit sempadan namun UK perlu pastikan mereka masih dalam zon bebas kastam selepas keluar daripada kesatuan Eropah. Ireland juga ingin mendapatkan kepastian bahawa regulasi antara kedua-dua negara masih dikekalkan.

2) Apakah yang akan terjadi jika EU meninggalkan UK?

Apabila berbicara mengenai hak warganegara, siapakah yang dapat menuntutnya? EU ingin mendapatkan hak untuk memutuskan namun hal ini akan menjadi penghalang kepada ahli parti Konservatif. Oleh itu masih belum ada sebarang keputusan muktamad boleh dijangkakan.

3) Jumlah pembayaran divorce bill?

Berdasarkan laporan BCC, setiausaha Brexit, David Davis berkata UK difahamkan telah meningkatkan jumlah pembayaran divorce bill sehingga sehingga £44 billion.

Jika syarat-syarat ini diterima terutamanya berkenaan isu pembayaran divorce bill, hal ini telah membuka peluang untuk rundingan ini bergerak ke fasa seterusnya sebelum UK meninggalkan kesatuan sepenuhnya dua tahun lagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: