Laporan Saling Bertentangan, PM Australia Kekalkan Penggunaan Vaksin AstraZeneca

Laporan Saling Bertentangan, PM Australia Kekalkan Penggunaan Vaksin AstraZeneca

Perdana Menteri Australia Morrison berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menangguhkan lagi pelancaran vaksin Covid-19 AstraZeneca berikutan

Perdana Menteri Australia Morrison berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menangguhkan lagi pelancaran vaksin Covid-19 AstraZeneca berikutan laporan yang bertentangan dari pengawal selia Kesihatan UK dan Eropah.

“Tiada faktor yang mendorong kepada perubahan ketika ini, tetapi kami akan mengemas kini lagi jika terdapat pertukaran pada hal tersebut,” kata Morrison kepada wartawan di Canberra hari ini.

Pada hari Rabu yang lalu, Agensi Perubatan Eropah (EMA) berkata kes pendarahan beku dalam penggunaan vaksin AstraZeneca perlu disenaraikan sebagai kesan sampingan yang jarang berlaku.

Tiada faktor khusus seperti usia, jantina dan sejarah dapat dikaitkan dengan kesan sampingan tersebut. Oleh itu, EMA melihat ianya berkemungkinan akibat daripada tindak balas imun selepas divaksin.

Menerusi kajian 86 kes di Eropah, EMA menyimpulkan bahawa faedah vaksin masih melebihi risiko.

Berbeza dengan Agensi Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan UK yang sedang mempertimbang cadangan untuk menyekat penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca ini ke atas orang muda kerana bimbang kesan pembekuan darah yang jarang berlaku itu.

Pada hari yang sama, panel penasihat keselamatan vaksin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hubungan darah beku dengan vaksin AstraZeneca adalah “munasabah” tetapi “tidak dapat disahkan” dna kes tersebut sangat “jarang berlaku” di kalangan 200 juta orang yang telah disuntuk dengan vaksin tersebut di seluruh dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: