LG Energy Solution Labur AS$3b Hingga 2026 Untuk Kembangkan Pengeluaran EV Di Korea Selatan

LG Energy Solution Labur AS$3b Hingga 2026 Untuk Kembangkan Pengeluaran EV Di Korea Selatan

LG Energy Solution berkata pada hari Isnin bahawa ia merancang untuk membelanjakan 4 trilion won, atau kira-kira AS$3.07 bilion, sehingga 2026 untuk

LG Energy Solution berkata pada hari Isnin bahawa ia merancang untuk membelanjakan 4 trilion won, atau kira-kira AS$3.07 bilion, sehingga 2026 untuk mengembangkan pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV)nya di Korea Selatan.

Dana itu akan digunakan untuk mengembangkan dan membina kemudahan pengeluaran bateri baharu di zon perindustrian Ochang yang terletak di Cheongju, ibu kota Wilayah Chungcheong Utara di tenggara Seoul Korea Selatan.

Barisan pengeluaran tambahan yang akan dibina di sana akan mengguna pakai penyelesaian kilang pintar terkini seperti automasi logistik, sokongan jauh dan pembuatan pintar, kata pembuat bateri Korea Selatan itu.

Projek itu juga dijangka akan menambah sebanyak 1,800 pekerjaan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Kami merancang untuk menyediakan portfolio produk dipelbagaikan untuk bertindak balas kepada keperluan pelanggan tepat pada masanya, dan membezakan keupayaan pengeluaran berdasarkan kilang ‘pintar’,” kata jurucakap LG Energy Solution.

Pada tahun lalu, LG telah mengumumkan pelaburan sebanyak AS$2.3 bilion bersama General Motors (GM) untuk membina kilang bateri baharu di Ohio, yang telah memulakan pengeluaran pada Ogos.

Selain itu, LG Energy Solution juga merancang untuk membina kemudahan pengeluaran bateri di Ontario, Kanada dengan Stellantis yang dijangka menelan kos sebanyak AS$4.1 bilion.

Pembuat bateri Korea Selatan itu juga bekerjasama dengan Honda Jepun dan merancang untuk membelanjakan sehingga AS$4.4 bilion untuk membina kemudahan pengeluaran bateri di AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: