Lima Calon Pengerusi Fed Yang Menjadi Pilihan Trump

Lima Calon Pengerusi Fed Yang Menjadi Pilihan Trump

Presiden US, Donald Trump dijangka akan mengumumkan pengganti pengerusi Fed yang baru untuk tahun 2018 pada hari Khamis minggu ini. Yellen bakal melep

Presiden US, Donald Trump dijangka akan mengumumkan pengganti pengerusi Fed yang baru untuk tahun 2018 pada hari Khamis minggu ini. Yellen bakal melepaskan jawatan beliau sebagai pengerusi pada Februari tahun depan.

Berikut adalah 5 calon utama yang bakal dinobatkan sebagai Pengerusi Fed yang baru:

1) Kevin Warsh

Kelebihan: Menantu kepada kawan Trump, Ron Lauder yang merupakan billionaire dan pemilik kosmetik berjenama dunia.
Kelemahan: Warsh pernah memegang jawatan sebagai Gabenor Fed (2006-2011) dan lantang bersuara memberi kritikan kepada tindakan bank pusat

Pandangan Dasar: Hawkish

2) John Taylor

Kelebihan: Pernah menghasilkan peraturan baru dalam dasar monetari pada tahun 1993 yang mendorong kepada perubahan kadar faedah Fed terhadap ekonomi negeri dan inflasi.
Kelemahan: Trump dilihat tidak begitu menyebelahi golongan akademik.

Pandangan Dasar: Hawkish

3) Gary Cohn

Kelebihan: Bersama Trump lebih lama berbanding calon yang lain
Kelemahan: Berbeza pandangan dengan Trump dalam isu keganasan dan bantahan kumpulan alternative kanan (alt right) Charlottesville. Alt right adalah kumpulan white nationalist yang bersifat perkauman.

Pandangan Dasar: Dovish

4) Janet Yellen

Kelebihan: Mendapat pujian daripada Trump dan masih diletakkan sebagai calon pengerusi Fed yang baru.
Kelemahan: Dilantik oleh Obama, jadi bukan pilihan parti Republik. Turut menyokong undang-undang Bank Dodd-Frank yang mana Trump mendakwa punca kepada pertumbuhan yang perlahan

Pandangan Dasar: Dovish

5) Jerome Powell

Kelebihan: Tiada kontroversi dan memegang jawatan Gabenor Fed sejak tahun 2012. Pernah membantu kerajaan US untuk mengalihkan hutang default (kegagalan membayar hutang) pada tahun 2011.
Kelemahan: Tidak jelas berada di pihak yang mana.

Pandangan Dasar: Neutral, namun lebih ke arah dovish kerana bimbang dengan pembelian bon kali ketiga.

Kesimpulan

Kesemua calon layak menjadi Pengerusi Fed berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang ekonomi. Pasaran dijangka tidak akan bertindak melulu kerana tiada keputusan muktamad berkenaan pandangan hawkish atau dovish kerana hal ini tetap terikat dengan keadaan semasa dimana kerajaan US masih dalam proses mendapatkan kelulusan pembaharuan cukai mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: