Lira Turki Meguat Semula Selepas Rampasan Kuasa Gagal

Lira Turki Meguat Semula Selepas Rampasan Kuasa Gagal

Lira Turki diniagakan kukuh ketika pasaran Asia dibuka hari ini berikutan kegagalan rampasan kuasa bagi menggulingkan Presiden Turki dan barisan keraj

Lira Turki diniagakan kukuh ketika pasaran Asia dibuka hari ini berikutan kegagalan rampasan kuasa bagi menggulingkan Presiden Turki dan barisan kerajaannya.  Hari ini, ketika ulasan ini ditulis pasangan mata wang USDTRY diniagakan pada paras kira-kira 2.96 (XM mt4).

 

Lira Tukri menjunam 5% sejurus berita cubaan rampasan kuasa berlaku tersebar, iaitu beberapa jam sebelum pasaran Amerika ditutup Jumaat lalu. Harga emas dan pasangan mata wang Yen juga dilihat naik selepas cubaan rampasan kuasa berlaku.

 

Rampasan kuasa yang gagal dipercayai sedikit sebanyak telah mempengaruhi pengukuhan harga Lira Tukri hari ini. Kerajaan Turki mengumumkan telah menangkap hampir 3000 orang suspek terlibat dalam cubaan rampasan kuasa kali ini. Pupulariti Presiden Tukri dan Perdana Menterinya juga dilihat meningkat selepas kegagalan rampasan kuasa ini.

 

Adakah harga Lira Turki akan terus mengukuh? Wallahualam..

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: