liz-truss-ex-pm

Liz Truss Sedia Letak Jawatan, PM Paling Singkat Dalam Sejarah Britian

Liz Truss berkata pada hari Khamis bahawa beliau bersedia untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kegagalan Truss melaksanakan program ekonominya sehingga menyebabkan gelombang kejutan di pasaran serta membahagikan Parti Konservatif hanya enam minggu selepas beliau dilantik.

Pemilihan pemimpin baharu untuk menggantikan Truss dijangka selesai dalam minggu hadapan, menjadikannya PM paling singkat dalam sejarah Britain selepas George Canning yang hanya berkhidmat selama 119 hari pada tahun 1827 kerana telah meninggal dunia.

Bercakap di luar pintu pejabat dan kediamannya, Truss menerima bahawa dia tidak dapat menunaikan janji-janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, kerana telah kehilangan kepercayaan partinya.

“Pagi ini, saya bertemu pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady. Kami telah bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepimpinan yang akan diselesaikan dalam minggu depan,” jelasnya.

Beliau berkata pemilihan itu akan memastikan bahawa kami kekal pada laluan untuk melaksanakan rancangan fiskal kami dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara Britian.

“Saya akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti telah dipilih,” ujarnya.

Truss mendapat desakan untuk berundur daripada lebih 12 ahli parlimen selepas beliau terpaksa membuang sebahagian besar program ekonominya yang telah menyebabkan kejatuhan besar-besaran pound dan bon kerajaan pada 23 September lalu.

Ahli parlimen konservatif berkata penggantinya mungkin sama ada saingan kepimpinannya, bekas menteri kewangan Rishi Sunak, atau Penny Mordaunt, yang menduduki tempat ketiga dalam pemilihan perdana menteri enam minggu lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *