Lockdown Akibat Covid-19 Membenam Aktiviti Perkhidmatan Jepun Bulan April

Lockdown Akibat Covid-19 Membenam Aktiviti Perkhidmatan Jepun Bulan April

Sektor perkhidmatan Jepun mengucup dengan kadar terpantas pada bulan April, ditekan oleh kejatuhan permintaan yang mendadak selepas perintah berkurun

Sektor perkhidmatan Jepun mengucup dengan kadar terpantas pada bulan April, ditekan oleh kejatuhan permintaan yang mendadak selepas perintah berkurung akibat pandemik dilaksanakan.

Hasil tinjaun IHS menunjukkan bacaan akhir PMI Jepun bagi bulan April merosot daripada 33.8 kepada 21.5 mata.

Angka tersebut merupakan bacaan terendah yang pernah direkodkan sejak September 2007 yang lalu, dan lebih rendah berbanding data awal yang dikeluarkan pada bulan lepas.

Jepun pemilik ekonomi ketiga terbesar didunia dijangkakan akan mengalami pengucupan pada aktiviti ekonomi untuk dua suku tahun berturut-turut.

Joe Hayes, ahli ekonomi IHS Markit berkata, “Kejatuhan ekonomi Jepun semakin pantas pada bulan April”.

“Tempahan dan output jatuh pada kadar yang tidak pernah dilihat, sehingga melepasi penyusutan mendadak yang pernah direkodkan pada krisis kewangan yang lalu dan selepas tsunami 2011”, tambah beliau.

Tinjauan juga menunjukkan perniagaan jatuh pada kadar terpantas sejak Januari 2009 dengan syarikat melaporkan penurunan mendadak hasil penjualan berikutan angka pelancongan yang semakin merosot.

Keadaan ini membimbangkan pasaran terhadap sejauh mana kerosakan yang sedang dihadapi ekonomi dan berapa lamakah tempoh pemulihan yang diperlukan.

PM Shinzo Abe pada hari Isnin lalu telah melanjutkan sekatan sehingga 31 Mei, namun berjanji akan menamatkannya lebih awal iaitu selepas mendapat nasihat daripada pakar dalam pertemuan yang akan berlangsung pada 14 Mei hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: