Lombong Minyak Utama Di Libya Kembali Beroperasi Selepas Sekatan Dihapuskan

Lombong Minyak Utama Di Libya Kembali Beroperasi Selepas Sekatan Dihapuskan

Perbadanan Minyak Nasional (NOC) Libya semalam telah memberi kebenaran kepada para pengeluar untuk menyambung semula operasi di lombong-lombong minya

Perbadanan Minyak Nasional (NOC) Libya semalam telah memberi kebenaran kepada para pengeluar untuk menyambung semula operasi di lombong-lombong minyak utama, mengikuti penghapusan sekatan yang telah berlanjutan selama sembilan bulan.

NOC telah mengugurkan ‘force majeure’ di Al-Sharara, sebuah lombong di wilayah Oubari sekitar 900 kilometer di selatan Tripoli, di samping turut mengarahkan pengusaha Akakus untuk meneruskan pengeluaran.

Force majeure adalah unsur luar jangkaan yang bertujuan menghalang mana-mana pihak daripada mematuhi kontrak.

NOC dalam satu kenyataan menyebutkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan kumpulan bersenjata di lokasi tersebut bagi menghentikan sekatan serta memastikan keselamatan pekerja dan operasi.

Al-Sharara kebiasaannya mengeluarkan 315,000 tong minyak daripada lebih sejuta keseluruhan ouput minyak sehari di Libya.

Pada 19 September lalu, NOC telah mengumumkan panghapusan force majeure di fasiliti dan kawasan minyak yang dianggap selamat, sehari selepas Khalifa Haftar yang menguasai kawasan timur Libya mengangkat sekatan di sana.

Kumpulan pro Haftar merupakan penetang kerajaan GNA yang diiktiraf PBB dan menguasai kawasan timur serta mentadbir sebahagian kecil selatan Libya.

Menurut NOC, sekatan yang dilakukan di terminal eksport dan kawasan pelombangan utama sejak 17 Januari itu telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan bakar di Libya dengan anggaran kerugian hasil sekitar AS$ 10 bilion (RM41.3 bilion).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: