Lompat-lompat Kanggaru Minggu Lepas, Minggu Hadapan?

Lompat-lompat Kanggaru Minggu Lepas, Minggu Hadapan?

Kekuatan Dolar Australia berbanding Dolar Amerika sepanjang minggu lalu ibarat roller coster di taman tema. Bermula diniagakan pada harga 0.75571

ctc-news

Kekuatan Dolar Australia berbanding Dolar Amerika sepanjang minggu lalu ibarat roller coster di taman tema. Bermula diniagakan pada harga 0.75571 memuncak di paras tertinggi 1 minggu pada paras 0.77314 sebelum menjunam dan menutup minggu pada harga 0.75371. Naik turun dalam julat 200 pips!

 

Jika dilihat minggu baru lepas ini kenaikan ini dipacu oleh sentimen harga logam berharga seperti Emas dan Perak yang lebih baik bermula pada 01 September hingga 06 September. Menjelang Khamis, momentum kenaikan Dolar Australia mula berkurang dan menjunam semula apabila data berkala Unemployment Claims dari US dikeluarkan. Momentum kelemahan Aussie ini dapat dilihat sehingga pasaran mata wang tutup untuk minggu lepas.

 

Minggu hadapan, dijangkakan turun naik Aussie ini akan berterusan dengan data Unemployment Claims ditambah dengan Employment Change dari Australia. Selain itu data berkala berimpak tinggi dari China dan US bersusun bermula daripada Selasa hinggalah Jumaat yang pastinya akan mempengaruhi permintaan dan penawaran Aussie ini.

news-ctc-1

 

Cadangan saya secara teknikal lakukanlah jualan dalam dagangan pada mana-mana harga tertinggi bagi AUDUSD kerana terdapat Rejection pada Major Trendline April 2013. Cadangan jualan dalam dagangan ini disokong dengan jangkaan pakar bahawa data berkala daripada China dan US adalah lebih baik dari jangkaan secara keseluruhannya bagi minggu hadapan.

 

Mohd Fahmi Amdan

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan harga di masa akan datang. Semua harga mata wang diambil di XM mt4

 

 

audusd-bird-eye-view

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: