Lonjakan Dolar Australia (AUD) Tidak Bersebab?

Lonjakan Dolar Australia (AUD) Tidak Bersebab?

Pada minggu antara Krismas dan tahun baru dengan jumlah dagangan yang kecil kita masih dapat melihat kehangatan dalam pasaran pertukaran matawang teru

Pada minggu antara Krismas dan tahun baru dengan jumlah dagangan yang kecil kita masih dapat melihat kehangatan dalam pasaran pertukaran matawang terutamanya dolar Australia.

AUD/USD didagang pada paras 0.7766, hampir 40 pips daripada pembukaan harga hari ini, meneruskan peningkatan pada minggu yang lalu dan naik ke 25 Oktober yang lepas.

Berikut merupakan perubahan Aussie berbanding matawang yang lain setakat jam 6.00 petang.

Apakah punca pengukuhan Aussie?

Tiada sebarang laporan ekonomi yang signifikan dikeluarkan oleh Australia termasuk Amerika Syarikat yang masih dalam sambutan ‘Hari Boxing’.

Harga komoditi juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara dengan Indeks Komoditi di Bloomberg hanya memperlihatkan sedikit penyusutan.

Oleh itu, pergerakan ini dilihat sebagai pelarasan akhir tahun. Sebahagian penganalisis melihat kemungkinan pengurus portfolio kekurangan aset kewangan Australia seperti saham dan bon sehingga menyebabkan pembelian Aussie yang banyak pada hari ini.

Paras Teknikal AUD/USD

Level Support : 0.7695 (S1), 0.7640 (S2), 0.7600. (S3)

Level Resistance: 0.7745 (R1), 0.7770 (R2), 0.7800 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: