Lonjakan GU Terhenti Di Paras 1.3300?

Lonjakan GU Terhenti Di Paras 1.3300?

Kekuatan momentum bullish GBP/USD telah menolak naik pasangan matawang ini sebanyak 125 pips atau 0.94% ke paras 1.3268 setakat jam 9.58 malam. GBP

Kekuatan momentum bullish GBP/USD telah menolak naik pasangan matawang ini sebanyak 125 pips atau 0.94% ke paras 1.3268 setakat jam 9.58 malam.

GBP/USD telah berjaya menyentuh garisan 1.3300 sebelum berundur sekitar 30 pips beberapa minit yang lepas.

3 faktor utama dilihat menyokong pengukuhan tersebut iaitu sell-off besar-besaran dollar, data jualan runcit UK yang lebih baik serta perkembangan positif Brexit.

Kesemua perkara diatas telah membantu pembeli GBP/USD memecahkan sekatan di paras psikologi 1.3200

Breakout yang berlaku turut memecahkan kebuntuan dua hari berturut-turut dimana GBP/USD telah didagang naik turun di dalam julat 60 pips dan tutup di pertengahan 1.3100.

Momentum ini turut memansuhkan reaksi negatif pasaran terhadap laporan yang mengatakan PM UK, Theresa May akan menolak cadangan baru sempadan Irish yang dibentangkan oleh EU.

Peningkatan GU walau bagaimanapun dilihat terhenti seketika didorong oleh data pembuatan Philadelphia Fed dan tuntuan insurans pengangguran AS yang lebih baik.

Di samping itu, lonjakan hasil bon AS turut meredakan sedikit kekuatan bearish yang sedang menekan dollar berbanding kesemua matawang lain.

Secara teknikal, untuk bullish kekal di atas 1.3300, GBP/USD akan menguji zon supply sekitar 1.3260/70 sebelum bergerak menuju harga 1.3400.

Paras 1.3235 (S1) pula akan menjadi support utama bagi menghalang daripada kejatuhan. Kemudian, di garisan psikologi 1.3200 (S2) yang telah bertukar menjadi support dan 1.3160 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: