Lonjakan Pound Terhenti Serta-merta, GBP/USD Kembali Ke Paras Terendah Tahunan

Lonjakan Pound Terhenti Serta-merta, GBP/USD Kembali Ke Paras Terendah Tahunan

Pound pada awalnya menunjukkan kekuatan melawan pengukuhan dolar AS berikutan data jualan runcit UK yang lebih baik sehingga mengenepikan kebimbangan

Pound pada awalnya menunjukkan kekuatan melawan pengukuhan dolar AS berikutan data jualan runcit UK yang lebih baik sehingga mengenepikan kebimbangan terhadap retorik Brexit dan kelemahan pertumbuhan gaji.

Peningkatan intraday GBP/USD tersebut walau bagaimanapun terhenti apabila bertemu dengan ‘supply’ yang lebih agresif berikutan pesimis pasaran terhadap perbincangan mengenai isu perdagangan bebas antara UK dan EU.

Berdasarkan perkembangan Brexit yang terkini, duta Kesatuan Eropah tidak bersetuju dengan titik persamaan terhadap rundingan post-Brexit bersama UK.

Perbezaan pandangan antara Perancis dan negara Eropah yang lain berpotensi mengakibatkan terhadap tarikh rundingan rasmi antara EU dan UK yang akan berlansung pada awal bulan Mac hadapan.

Selain risiko bahawa UK terpaksa akur dengan syarat perdagangan WTO, dolar AS yang terus mengukuh dengan dorongan prestasi ekonomi yang lebih baik ketika berhadapan wabak coronavirus turut menjadi faktor utama menekanan GBP/USD pada hari ini.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan laporan minit mesyuarat Fed bulan Januari yang menunjukkan optimis ahli FOMC terhadap kesesuaian dasar kewangan semasa dalam membantu mengembangkan ekonomi.

Sehingga jam 8.30 malam, GBP/USD didagang sekitar 1.2864, berundur hampir 70 pips daripada paras tertinggi harian 1.2930.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: