Lonjakan USD/CAD Terhalang, $1.34 Ditanda Sebagai Resistance Utama

Lonjakan USD/CAD Terhalang, $1.34 Ditanda Sebagai Resistance Utama

Pasangan matawang USD/CAD gagal memanfaatkan sentimen pasaran yang semakin pulih pada hari Selasa berikutan data ekonomi Kanada sekali lagi mengingat

Pasangan matawang USD/CAD gagal memanfaatkan sentimen pasaran yang semakin pulih pada hari Selasa berikutan data ekonomi Kanada sekali lagi mengingatkan para pelabur tentang kelembapan ekonomi bagi suku tahun pertama di sana.

Sehingga jam 10 malam, USD/CAD didagang sekitar 1.3369, naik 0.15% dan mengekalkan kedudukan tertinggi selepas melonjak naik lebih 40 pips pada hari Isnin yang lalu.

Jabatan Statistik Kanada melaporkan penurunan -0.2% (MoM) pada jualan pembuatan di bulan Februari, lebih rendah daripada jangkaan pasaran.

Angka ini mengeruhkan lagi kelemahan tinjauan outlook perniagaan Bank Pusat Kanada (BoC) yang diterbitkan semalam.

BoC menjelaskan tinjauan outlook perniagaan yang menurun berbanding laporan yang dikeluarkan pada musim sejuk yang lalu menunjukkan kelemahan pada sentimen perniagaan.

Walau bagaimanapun, resistance di paras 1.3400 dilihat masih berjaya menghalang lonjakan USD/CAD, terutamanya selepas AS melaporkan pengucupan pada pengeluaran industrinya di bulan Mac.

Kini data inflasi Kanada yang akan dikeluarkan pada hari Rabu esok akan menjadi katalis yang signifikan untuk menilai kedudukan loonie (CAD) apakah akan terus dijual atau sebaliknya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: