Loonie Semakin Kukuh, Menamatkan Penguasaan Tiga Bulan Berturut-turut Dollar

Loonie Semakin Kukuh, Menamatkan Penguasaan Tiga Bulan Berturut-turut Dollar

Loonie mengukuh untuk hari kedua dengan USD/CAD meneruskan kejatuhan ke paras terendah tahunan yang baru, didorong kuat oleh kelemahan dollar yang kec

Loonie mengukuh untuk hari kedua dengan USD/CAD meneruskan kejatuhan ke paras terendah tahunan yang baru, didorong kuat oleh kelemahan dollar yang kecewa dengan kemerosotan data PMI Pembuatan ISM bagi bulan Disember.

Selain itu, kebimbangan terhadap isu rate hike Fed, konflik politik dan perang perdagangan masih kuat mengelabui sentimen dollar pada awal tahun ini.

Harga 1.3650 merupakan paras tertinggi yang terakhir disentuh oleh USD/CAD sebelum jatuh hampir 200 pips, didagang sekitar paras 1.3452 setakat jam 7.10 petang.

Selain daripada kelemahan dollar, faktor pemulihan harga minyak turut membantu memberi sokongan yang kuat kepada loonie untuk terus mengukuh sejak bullish dollar menguasai pasangan matawang ini selama tiga bulan berturut-turut.

Secara teknikal, menjelang laporan NFP dan pekerjaan Kanada pada malam ini, USD/CAD masih stabil di zon terendah dua minggu lalu dengan support terhampir berada di paras 1.3350.

Momentum bearish yang kuat berpotensi menekan harga untuk turun ke paras terendah awal bulan Disember yang lalu di sekitar 1.3160.

Harga 1.3495 pula menjadi puncak resistance terdekat berdasarkan carta empat jam manakala bagi dagangan tempoh masa yang lebih lama, harga tertinggi tahun 2018  di sekitar 1.3665 menjadi garisan resistance psikologi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: