Loonie VS Greenback : Siapa Lebih Kuat?

Loonie VS Greenback : Siapa Lebih Kuat?

Harga minyak yang sedikit stabil menyokong Loonie daripada terus diasak Dollar lebih teruk. Dollar yang mendapat momentum setelah FED menaikkan kadar

Harga minyak yang sedikit stabil menyokong Loonie daripada terus diasak Dollar lebih teruk. Dollar yang mendapat momentum setelah FED menaikkan kadar faedah pada minggu lepas, melonjak berbanding Loonie.

Ekonomi Kanada dilihat baik pada sukuan ketiga, namun pakar pemerhati ekonomi menjangkakan ianya akan sedikit suram pada sukuan keempat. Peningkatan eksport pada sukuan ketiga banyak didorong oleh prospek pemulihan harga minyak.

Data PMI merekodkan kejatuhan ke paras terendah dalam masa tiga bulan, permulaan perumahan yang semakin perlahan dan jualan rumah yang tidak baik antara sebab kemungkinan ekonomi Kanada dijangka melemah pada sukuan keempat.

Esok, laporan jualan runcit (bulanan) akan diterbitkan, dengan jangkaan penguncupan jualan sebanyak 0.3% berbanding 0.6% sebelum ini. Laporan KDNK (bulanan) juga akan diterbitkan pada lusa, menjangkakan pertumbuhan 0% berbanding 0.3% sebelum ini.

Bullish masih menguasai Dollar, mengetepikan Loonie pada masa ini, ditambah pula dengan ‘outlook’ yang FED akan menaikkan lebih kerap kadar faedah pada tahun hadapan. Sebarang data ekonomi yang negatif, bakal membawa Loonie jatuh lebih jauh.

Menjelang Krismas pada hujung minggu ini, pergerakan pasaran dilihat bakal perlahan dan mungkin hanya akan didorong oleh terbitan data-data berimpak tinggi.

Harga perlu tembus pada paras 1.34170 secara solid di carta daily untuk penerusan belian Dollar-Loonie mencari resistance seterusnya di paras 1.35500. Ketika artikel ini ditulis harga berada pada paras 1.34070.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: