Luno: Akses Bitcoin Cash (BCH) Bakal Dibuka Susulan Pengiktirafan SC Malaysia

Luno: Akses Bitcoin Cash (BCH) Bakal Dibuka Susulan Pengiktirafan SC Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan sementara penggunaan Bitcoin Cash (BCH) sebagai aset digital di Malaysia. Keputusan tersebut a

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan sementara penggunaan Bitcoin Cash (BCH) sebagai aset digital di Malaysia.

Keputusan tersebut akan menjadikan BCH matawang kripto kelima yang diiktiraf oleh negara selepas Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

Susulan pengumuman itu juga, Luno melalui ‘teaser’ yang dikeluarkan tiga hari lalu memberi isyarat bahawa mereka akan mula membuka akses dagangan BCH di platformnya tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan sementara BCH yang telah diperkenalkan sejak 2017 kini didagang hampir RM4,000 per BCH.

Luno Malaysia Sdb Bhd merupakan satu daripada tiga syarikat tukaran aset digital (DAX) yang diiktiraf di Malaysia untuk menawarkan tukaran ringgit kepada mata wang digital.

Sejak memperoleh kelulusan penuh SC pada Oktober 2019, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan Luno bagi memacu perkhidmatan kewangan.

Baru-baru ini, Luno telah mengumumkan bahawa mereka akan mengecualikan bayaran 70 sen FPX bagi deposit segera bernilai RM100 ke atas dan akan berkuat kuasa mulai 5 Mei 2021.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: