Luno Umumkan Pembekuan Akaun Bank Mereka Di Malaysia

Luno Umumkan Pembekuan Akaun Bank Mereka Di Malaysia

Luno merupakan salah satu platform pertukaran matawang Krypto berpusat di London yang terkenal di Malaysia. Pada hari Sabtu yang lalu, Luno mengumumka

Luno merupakan salah satu platform pertukaran matawang Krypto berpusat di London yang terkenal di Malaysia. Pada hari Sabtu yang lalu, Luno mengumumkan pembekuan sementara akaun bank mereka di Malaysia berikutan penyiasatan isu-isu berkaitan dengan cukai yang sedang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pembekuan akaun ini telah menyebabkan deposit dan pengeluaran daripada Luno tidak boleh dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu. Akaun bank ini didaftar di bawah nama BitX Malaysia, sebuah entiti tempatan yang menguruskan transaksi antara Luno dan pelanggan tempatan.

LHDN kini memohon Luno untuk memberikan maklumat pelanggan-pelanggan Malaysia yang telah berdaftar dengan mereka seperti: identiti, jumlah deposit/withdrawal dan juga transaksi yang telah dijalankan.

Berdasarkan maklum balas email yang dikeluarkan oleh Luno kepada pelanggan, Luno menjelaskan bahawa mereka sedang berbincang dengan penasihat tempatan bagi memastikan sebarang pendedahan adalah selaras dengan polisi yang ditetapkan.

Secara umumnya, Luno menjelaskan bahawa mereka menyokong tindakan terbaru BNM berkenaan laporan-laporan yang perlu dikemas kini dalam pertukaran matawang digital. Oleh itu, Luno berharap supaya semua pelanggan mereka di Malaysia dapat mematuhi semua syarat-syarat pencukaian di Malaysia, termasuk pengisytiharan keuntungan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bilakah isu ini akan selesai? Setakat ini Luno masih belum mengumumkan sebarang jangkaan atau tarikh tamat penyiasatan, namun mereka akan terus mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa serta memastikan setiap pelanggan Malaysia mendapat maklumat terkini.

Luno turut menjelaskan pelanggan mereka di Malaysia masih boleh menjalankan transaksi membeli dan menjual matawang digital seperti Bitcoin dan Ethereum menggunakan baki akaun yang ada. Mengakhiri penjelasan di atas, Luno berkata, “Perkhidmatan lain tidak terjejas dengan pembekuan akaun ini dan setiap dana dalam bentuk matawang tempatan dan krypto adalah selamat di bawah Luno”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: