MAA: Kereta Kelas Bawah Akan Lebih Terkesan Setelah Moratorium Tamat

MAA: Kereta Kelas Bawah Akan Lebih Terkesan Setelah Moratorium Tamat

Moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman 6-bulan yang bakal berakhir pada bulan September dilihat akan member impak yang negatif kepada ind

Moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman 6-bulan yang bakal berakhir pada bulan September dilihat akan member impak yang negatif kepada industri automotif negara.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahamd dalam satu kenyataan sidang media pada hari ini berkata kesan akan dirasai berikutan akses pengguna terhadap pembiayaan menerusi hutang bakal menghadapi cabaran.

“Orang tidak akan mempunyai wang untuk membeli kenderaan baru. Namun saya fikirkan ianya bergantung pada kategori kenderaan. Saya lihat kenderaan mewah tidak akan terjejas; orang yang mempunyai wang masih mempunyai kemampuan untuk membeli. Saya rasakan kereta kelas bawah akan lebih terkesan,” jelas beliau.

Datuk Aishah juga menyebutkan penjualan kereta terpakai telah meningkat lebih dari 100%, terutama bagi model dengan harga di bawah RM30,000 dan penjualan model seperti itu berada di luar Kuala Lumpur.

“Orang ramai ragu-ragu untuk menggunakan pengangkutan awam, dan mereka merasa lebih selamat untuk memandu kenderaan mereka sendiri.

Bagi kereta kelas bawah, saya berpandangan jika moratorium diangkat, akan terdapat kesan. Sejauh mana impaknya masih sukar untuk dikatakan sekarang,”, ujar beliau.

Moratorium pertama kali diumumkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 1 April sehingga 30 September 2020.

Krisis wabak Covid-19 telah menyebabkan jumlah volume industri (TIV) pada pertengahan tahun pertama jatuh 41.1% dalam unjuran tahun ke tahun, dari 296,317 unit kepada 175,675 unit.

Namun begitu, MMA menerusi tinjauan terbaru mereka menjangkakan TIV bagi tahun ini akan kembali meningkat kepada 470,00 unit, selaras dengan ransangan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu merancakkan perbelanjaan pengguna.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: