wikipedia

Mahkamah Rusia Denda Pemilik Wikipedia Atas Artikel Berkaitan Ukraine

Mahkamah Rusia hari ini mendenda pemilik Wikipedia dua juta rubel (RM154,279) atas artikel yang berkaitan dengan serangan Moscow di Ukraine.

Sebuah kumpulan yang berpangkalan di Moscow yang menyokong projek oleh pemilik Wikipedia, Wikimedia berkata mereka didenda oleh mahkamah Tagansky Moscow kerana enggan memadam dua artikel berkaitan campur tangan tentera Rusia di Ukraine.

Vladimir Medeiko, pengarah Wikimedia RU yang berpangkalan di Moscow, berkata akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, sambil menambah bahawa “tiada sesiapa akan memadam” artikel itu.

“Saya tidak fikir Yayasan Wikimedia akan membayar denda itu,” kata Medeiko.

Awal tahun ini pihak berkuasa Rusia berkata bahawa Wikimedia harus membayar denda bernilai lima juta rubel untuk beberapa pelanggaran yang sama.

Keputusan Presiden Vladimir Putin untuk menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari telah meningkatkan sekatan terhadap kebebasan bersuara dan media di negara itu dan mencetuskan penghijrahan wartawan bebas Rusia.

Kritikan terhadap campur tangan tentera Rusia di Ukraine pada dasarnya telah diharamkan di negara itu dan menggambarkan operasi itu sebagai “perang” dan atau “pencerobohan” yang dilarang.

Pihak berkuasa Rusia juga telah menekan syarikat-syarikat Barat termasuk Google dan Telegram dengan denda besar-besaran ke atas kandungan berkaitan Ukraine.

Pada Julai, mahkamah Moscow mendenda Google 21 bilion rubel (RM1.7 bilion) kerana gagal memadam kandungan berkaitan campur tangan tentera Rusia di Ukraine.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *