Majikan Akan Didenda Hingga RM50k Jika Melanggar Akta 446 Mulai 1 September

Majikan Akan Didenda Hingga RM50k Jika Melanggar Akta 446 Mulai 1 September

Majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minium Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang akan mula dilaksanakan pada 1 Septe

Majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minium Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang akan mula dilaksanakan pada 1 September ini bakal berhadapan dengan denda RM50,00 bagi setiap kesalahan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, penguatkuasaan akta oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) adalah bertujuan bagi memastikan majikan mematuhi peruntukan undang-undang tersebut.

“Mulai Selasa hadapan, majikan perlu mematuhi Akta 446 dengan menyediakan rumah dan tempat tinggal yang betul serta kemudahan lain untuk para pekerja.

“Kami akan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap penggiat industri untuk memastikan mereka mematuhi Akta tersebut,” jelas Sarvanan pada sidang media selepas lawatan kerja ke Menara Top Glove Setia Alam hari ini.

Pengerusi Ekeskutif Top Glove Corporation Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai turut menghadiri dan mengiringi lawatan tersebut.

Akta 446 ini telah diperluaskan kepada semua sektor pekerjaan dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Kerajaan walau bagaimanapun memberi pengangguhan sehingga 31 Ogos kepada majikan untuk membuat persediaan sewajarnya.

Mengulas tentang pelaksanaan e-wages untuk pembayaran gaji pekerja asing yang telus, Saravanan berkata peracangan tersebut kini telah memasuki peringkat terakhir.

“Apabila kita sebut mengenai membela nasib pekerja ia bukan hanya menyediakan kemudahan asas, tetapi turut termasuk pembayaran gaji serta elaun,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: