Makan Malam Yang Produktif, Rundingan Perdagangan AS-China Berjalan Lancar

Makan Malam Yang Produktif, Rundingan Perdagangan AS-China Berjalan Lancar

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin berkata pada hari ini bahawa telah berlalunya sesi makan malam yang 'produktif' di Beijing semalam. Pe

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin berkata pada hari ini bahawa telah berlalunya sesi makan malam yang ‘produktif’ di Beijing semalam.

Perbincangan perdagangan peringkat tinggi yang bermula pada hari ini mensasarkan penyelesaian ke atas konflik yang sedang melanda dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

Menurut Bloomberg, Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer menghadiri mesyuarat di Beijing bagi memastikan tiada percanggahan di dalam teks laporan bagi kedua-dua versi (China dan Inggeris).

Hal ini kerana fokus pada pertemuan kali ini adalah aduan daripada pegawai AS yang mengatakan bahawa teks versi China telah menafikan komitmen yang dibuat oleh perunding.

Kedua-dua belah pihak dilihat mempunyai perbezaan pandangan pada sesetangah perkataan yang dikemukakan.

Selain itu, kehadiran Mnuchin dan Lighthizer ke Beijing juga bertujuan mengimbangi jumlah lawatan kerja mereka di ibu negara masing-masing.

Rundingan seterusnya dijadualkan berlangsung bersama Timbalan PM China Liu He di Washington dan penasihat ekonomi utama Trump, Larry Kudlow memberitahu kepada wartawan pada hari Khamis lalu bahawa perjanjian memerlakukan beberapa bulan untuk dimuktamadkan.

Kemajuan positif daripada rundingan perdagangan pada hari ini memberi reaksi positif kepada sentimen pelabur dan kembali meningkatkan permintaan saham ekuiti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: