sawit-peneroka1

Malaysia Beri Amaran Bahawa Ketidaktentuan Pasaran Sawit Akan Kekal Hingga Tahun 2023

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada hari ini memberi amaran tentang kesukaran yang bakal dihadapi oleh pasaran minyak masak yang paling banyak digunakan didunia pada tahun 2023.

Hal ini disebabkan oleh ketidaktentuan yang berterusan dunia dalam cuaca, geopolitik dan ekonomi sehingga telah menyebabkan perubahan harga yang meluas pada tahun ini.

Selain itu, pasaran minyak masak turut bergelut dengan ketidaktentuan yang dicetuskan oleh kebimbangan kemelesetan, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan eksport beberapa kerajaan untuk melindungi bekalan makanan domestik.

Penanda aras minyak sawit mentah Malaysia telah mencapai rekod tertinggi RM7,268 satu tan pada bulan Mac 2022, sebelum merosot kira-kira 40% daripada paras itu.

“Keadaan minyak sawit dijangka kekal tidak menentu pada 2023,” kata ketua pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Imbangan penawaran dan permintaan akan dipengaruhi oleh peralihan corak cuaca, situasi buruh, turun naik mata wang dan dasar serta ketidakstabilan geopolitik, jelasnya.

Ia tidak akan “semudah beberapa tahun lalu”, apabila para pelabur dapat menjangkakan pasaran, kata Ahmad Parveez.

Beliau juga mengingatkan bahawa akan berlakunya gangguan ke atas bekalan minyak sawit akibat ribut tropika di kawasan pengeluar utama Indonesia dan Malaysia dalam tempoh terdekat.

Gangguan ini dijangka akan berterusan sehingga suku pertama 2023 dan mengekalkan harga pada kedudukan yang tinggi.

Agensi kerajaan, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata kebimbangan bekalan berkaitan banjir digabungkan dengan ringgit yang lebih lemah akan mengekalkan harga minyak makan antara RM4,000 dan RM4,400 satu tan sehingga akhir Disember.

Harga akan menjadi RM3,900 hingga RM4,300 satu tan sehingga Mac 2023, dan susut lagi kepada RM3,800 hingga RM4,200 satu tan pada suku kedua, kata CEO MPOC Wan Aishah Wan Hamid.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *