Malaysia Hadapi Pengucupan KDNK Terburuk Sejak Krisis 1998

Malaysia Hadapi Pengucupan KDNK Terburuk Sejak Krisis 1998

BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2020 merosot sebany

BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2020 merosot sebanyak -5.6 peratus, 1 peratus lebih tinggi dari jangkaan Kementerian Kewangan.

Jika dibandingkan dengan bacaan tahun 2019, pengucupan yang berlaku sepanjang tahun lepas adalah yang terburuk sejak Krisis Kewangan Asia 1998.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak dilihat telah membantut pemulihan dan menjadi punca kepada pertumbuhan negatif sejak suku kedua 2020.

Walaupun bacaan KDNK pada tiga bulan terakhir meningkat kepada -3.4% berbanding -17% yang direkodkan pada suku kedua, namun hanya satu sektor ekonomi dilaporkan berkembang iaitu pembuatan.

Perkembanga sektor ini dipandu oleh permintaan yang tinggi terhadap barangan elektrik dan elektronik.

Namun begitu, sepanjang Oktober hingga Disember, prestasi sektor perkhidmatan, pertanian, pembinaan dan pelombangan amat mengecewakan.

“Perbelanjaan swasta masih mengucup, ditekan oleh pendapatan yang lemah dan sekatan pergerakan yang lebih ketat”, jelas Ketua DOSM, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam sidang media hari ini.

Data pekerjaan juga lemah, merosot lebih dalam pada suku keempat selepas mencatat pemulihan kecil pada suku tahun sebelumnya, tambah beliau.

Kadar pengangguran pula kekal di paras 4.8% sepanjang Disember dan November selepas meningkat 0.1% pada Oktober.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menekankan keperluan kerajaan untuk memberi tumpuan yang lebih dalam mengangi isu pengagguran ini.

Beliau berpandangan bahawa pasaran buruh akan kekal lemah sepanjang pertengahan tahun ini, sebelum pulih secara beransur-ansur pada pertengahan kedua, disokong oleh pemulihan perdagangan di peringkat global.

BNM masih mengekalkan unjuran pertumbuhan bagi tahun 2021 kerana optimis dengan program vaksin yang dilihat berpotensi mempercepatkan pemulihan ekonomi di seluruh dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: