Malaysia-hub-digital

Malaysia Lokasi GBS Ketiga Paling Kompetitif Di Dunia, Di Belakang India Dan China

Malaysia telah disenaraikan sebagai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ketiga paling kompetitif di dunia, di belakang India dan China.

Menurut Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 yang diterbitkan oleh firma perunding global Kearney, ekonomi Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 senarai teratas, dengan India di tempat pertama, diikuti oleh China dan Malaysia.

Bacaan indeks yang dikeluarkan setiap dua tahun ini, memantau bentuk landskap global merentas 60 negara dengan empat kategori utama — daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan manusia, persekitaran perniagaan dan resonans digital.

Lokasi GBS ini membolehkan syarikat multinasional (MNC) atau organisasi besar memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka di negara tertentu.

Antara sektor perniagaan yang dibangunkan adalah termasuk kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT) dan pemerolehan untuk menyediakan perkhidmatan bersama., kata perunding transformasi perniagaan Joon Teoh.

Beliau berkata antara MNC yang telah menubuhkan pusat GBS di Malaysia ialah Shell, AstraZeneca, British American Tobacco dan Bash.

Teoh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agos Asia berkata, kerajaan Malaysia sentiasa menekankan pembangunan GBS di negara ini termasuk menggariskan kepentingan sektor itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Hal ini kerana, apabila pusat GBS ditubuhkan, ia biasanya mewujudkan antara 150 hingga lebih ribuan pekerjaan.

Selain itu, penubuhan GBS juga akan membantu meningkatkan proses pendigitlan negara kita, jelas Teoh.

Teoh menegaskan bahawa mustahil untuk Malaysia bersaing dengan China dan India dari segi jumlah dan bakat, namun kerajaan masih mampu dengan menyediakan kemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan sejajar dengan transformasi digital.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *